3/2/2024 | KERJA LAPANGAN SUBJEK EKOSISTEM AKUAKULTUR (AQU 3003)

Setiu – Seramai 100 orang pelajar Diploma Perikanan dan diiring oleh 5 orang staf dan seorang pensyarah daripada Fakulti Perikanan dan Sains Makanan – FPSM UMT telah menjalani aktiviti persampelan lapangan bertempat di Tanah Bencah Setiu. Kerja lapangan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah persampelan lapangan dan teknik pengendalian peralatan saintifik seperti Plankton Net, Secchi Disc bagi tujuan pengumpulan sampel.

 

Share the Post:

Related Posts