Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) merupakan program pertama ditawarkan oleh Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM), UMT. Community Verified icon Program ini telah ditawarkan sejak Sesi Mei 2000/2001. Ia merupakan salah satu program pengajian yang paling popular di UMT. Program ini telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 29 Oktober 2003 dan seterusnya diiktiraf dalam senarai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Program ini menerapkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains makanan secara amnya dari segi komposisi dan nilai pemakanan makanan, perundangan keselamatan makanan, serta analisis pembangunan makanan dan produk. Community Verified icon Ijazah ini memberikan nilai tambah kepada pelajar dari segi pengetahuan, kemahiran dan pengurusan yang diperlukan dalam industri perkhidmatan makanan komersial yang semakin menitikberatkan penyediaan makanan yang selamat, sihat dan berkualiti tinggi. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kepakaran dalam memberi nasihat tentang pengambilan jumlah makanan yang ideal dan kaitannya dengan kesihatan kepada masyarakat.

Buku Panduan

Video Promosi

Mainkan Video

Akreditasi MQA

Maklumat

  1. Syarat kemasukan
  2. Objektif Pendidikan Program
  3. Hasil Pendidikan Program
  4. Sinopsis
  5. Skema Kurikulum

*Semua maklumat berikut boleh didapati dalam buku panduan

BROSUR