ACADEMIC ASSIMILATION BETWEEN FACULTY OF FISHERIES AND MARINE (UNIVERSITAS AIRLANGGA) AND SCHOOL OF FISHERIES AND AQUACULTURE SCIENCES (UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU)`
25- 28 November 2017,
Matlamat program ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan jalinan kerjasama dari segi pengajaran dan pembelajaran selain penyelidikan yang terjalin sekian lama antara Fakultas Perikanan dan Kelautan UNAIR dengan Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur UMT. Program ini juga dirangka di atas platform MoU yang telah diperbaharui pada 1 jun 2017. Seiring juga dengan matlamat bagi mendedahkan mahasiswa FPK dengan program program sedia ada yang di tawarkan oleh PPSPA. Mahasiswa PPSPA juga berpeluang berinteraksi dengan mahsiswa FPK yang datang melalui program yang diadakan. Secara tidak langsung ini membantu proses pengantarabangsaan pelajar-pelajar di PPSPA khasnya dan UMT amnya.
Pada hari pertama, iaitu 26hb November 2017, program dijalankan secara perkenalan di antara ahli-ahli PPSPA oleh Timbalan Dekan Akademik dan Pelajar PPPSA iaitu Prof Madya Dr Mohd Hanafi Idris mewakili Dekan PPSPA serta slot promosi pengajian pasca siswazah oleh Pengerusi Program Kerja Kursus iaitu Dr Wan Mohd Rauhan Wan Hussin pada paginya. Manakala pada sebelah petang satu seminar telah di adakan yang melibatkan 2 pensyarah PPSPA dan seorang pensyarah FPK sebagai penceramah. Manakala staf akademik PPSPA juga mengambil bahagian dalam aktiviti seminar selain pelajar pelajar PPSPA Tahun 1, 2 dan 3. Empat staf akademik FPK UNAIR dan 25 mahasiswa FPK UNAIR turut serta untuk program tersebut.
Ceramah 1:
Tajuk : YPASM Polar Research
Pembentang : Dr. Emienour Muzalina Mustafa
Ceramah 2:
Tajuk : The Challenge of Parasitic Infections in Aquaculture: A Malaysian Perspective
Pembentang : Prof. Emeritus Dr. Faizah Mohd Sharoum
Ceramah 3:
Tajuk : The Status of Parasitic Diseases in Aquaculture: An Indonesian Perspective
Pembentang : Dr. Ir. Kismiyati Muhamad Kurdi
Tetamu juga telah di bawa melawat hatcheri pada sebelah petangnya. Pada malamnya pula satu majlis makan malam telah di adakan bagi meraikan semua tetamu yang hadir dan telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT iaitu Prof Madya Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali. Pada 27hb November 2017, tetamu telah berpeluang di bawa melawat Tasik Kenyir dengan menggunakan 2 buah bot selain menaiki makmal bergerak UMT iaitu SITI MAYA