MAJLIS APRESIASI PUSAT PENGAJIAN SAINS PERIKANAN DAN AKUAKULTUR TAHUN 2018 (15 Disember 2018)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS APRESIASI PUSAT PENGAJIAN SAINS PERIKANAN DAN AKUAKULTUR TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur (PPSPA) akan menganjurkan Majlis Apresiasi PPSPA Tahun 2018 yang melibatkan semua staf.  Majlis ini akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh       : 15 Disember 2018 (Sabtu)
                Masa        : 7.30 pagi
                Tempat    : Dataran PPSPA/PPSTM & Bilik Seminar PPSTM

Untuk makluman YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan, majlis ini dianjurkan bagi memberi penghargaan, pengiktirafan terhadap sumbangan staf, merapatkan silaturrahim, mengukuhkan sikap bekerjasama dan memberi peluang serta ruang bagi setiap staf untuk mengenali ahli keluarga PPSPA yang lain.  Bersama ini disertakan atur cara program dan borang maklum balas kehadiran untuk tindakan YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan seterusnya.

Tentatif Program

 

Share the Post:

Related Posts