Dr. Nor Fazliyana Mohtar

Dr. Nor Fazliyana Mohtar ialah seorang Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur, Universiti Malaysia Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur), dari Universiti Malaysia Terengganu dan seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat PhD di University of Auckland, New Zealand. Bidang kepakaran beliau ialah dalam pengendalian sisa perikanan serta pemprosesan produk perikanan. Beliau aktif berkecimpung dalam projek bersama komuniti sekitaran dalam membantu meningkatkan pertumbuhan sosial komuniti dan penyelidikan. Beliau aktif dalam penyelidikan dan penghasilan jurnal impak tinggi. Kajian beliau melibatkan pengendalian sisa ikan seperti kulit, tulang dan sisik ikan dalam penghasilan serbuk hydroxyapatite (HAp), collagen, gelatine, chitin.

 

Share the Post:

Related Posts