Aktiviti Kerja Lapangan pelajar-pelajar Diploma Perikanan Tahun 1|18 Jun 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Seramai 103 pelajar tahun satu program Diploma Perikanan menyertai lawatan turun padang yang menarik ke MTG Fishing Park & Resort, Pasir Puteh, Kelantan.
Perjalanan ini lebih daripada sekadar percutian, ia merupakan pengalaman pembelajaran secara langsung untuk meneroka teknik memancing rekreasi, daripada umpan hinggalah kepada tangkapan.