Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) mula ditawarkan di universiti Malaysia Terengganu bermula sesi Julai 2007/2008. Kini ia telah menjadi salah satu program yang paling popular untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat pertama Ijazah Sarjana Muda. Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan terlatih tinggi serta berkemahiran dalam teknologi pemprosesan dan pengeluaran makanan bagi menghasilkan makanan yang selamat dan berkhasiat. Graduan daripada program ini boleh bekerja di pelbagai agensi awam dan swasta dalam bidang berkaitan sains dan teknologi makanan, termasuk penyelidikan dan pembangunan produk makanan, perundangan dan pendidikan. Selain itu, graduan juga diberikan ilmu keusahawanan yang membolehkan mereka menjadi usahawan yang inovatif, dan berdikari dalam industri makanan.
Faculty of Fisheries and Food Science
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Nerus, Terengganu
Malaysia
Tel : +609 668 4930 / 4931
Fax : +609 668 4949
Email: fpsm@umt.edu.my
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) and Faculty of Fisheries and Food Science (FPSM) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.