Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Kompleks Pusat Penetasan Perikanan dan Akuakultur, FPSM telah menerima kunjungan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu seramai 35 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Akuakultur dengan kepujian diiringi Dr Muhammad Azfar Ismail selaku penyelaras kursus dan 2 orang pegawai pengiring. Bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan dan teknologi akuakultur yang diaplikasikan dalam kultur ikan, pemakanan dan biosekuriti yang dijalankan di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan – FPSM UMT