Penghasilan Sabun (Program Elektif RT Progresif)| 12 Julai 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Program Komuniti Berdaya Saing : Penghasilan Sabun (Program Elektif RT Progresif), bertempat di Dewan Tok Amat/ Gong Kassim, Marang. Projek yang dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga, dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional daerah Marang dan Universiti Malaysia Terengganu. Wakil staf makmal makanan FPSM yang diketuai oleh Pn. Fadlina, dibantu oleh Pn. Azni, Pn. Suhana, Pn. Suzana, Pn. Aniza dan Pn. Faridah telah dijemput untuk bersama-sama komuniti ini bagi menghasilkan sabun dari minyak masak terpakai. Komuniti di kenalkan dengan asas pembuatan sabun homemade (daripada minyak masak terpakai), keselamatan semasa membuat sabun, formulasi asas sabun, cara pembuatan sabun, proses curing & penyimpanan dan memahami kebaikan mengitar semula minyak masak terpakai.

#TogethernessUMT
#fpsmdihatiku
#WargaUMTCemerlang

#UMTTogetherness

#fpsmdihatiku

#WargaUMTCemerlang