Assalammualaikum dan Salam sejahtera
Daki Lebih Tinggi, Selam Lebih Dalam Demi Pacu Kejayaan’ anjuran Kelab Hevotech dan Program Pengajian Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman) dengan Kepujian telah dilaksanakan dengan jayanya. Seramai kurang lebih 120 orang pelajar terlibat iaitu Tahun 1,2,3 dan 4 serta 10 orang pensyarah yg bertugas sbg fasilitator dan juga 9 staf sokongan yg banyak membantu persiapan tempat, makanan dan peralatan. Julung kali diadakan di Bangunan baharu Kampus UMT Bukit Kor.
Program dipenuhi dengan aktiviti mengembur, menyemai dan menanam ke sebelasan PLO demi membuahkan pelajar yg holistik dan berfokus. Program sarat dengan aktiviti LDK (1-4: modul adalah garapan pemikiran fasilitator), Eksplorasi Bukit Kor (Mendaki dan menuruni bukit demi pacu kejayaan). Langkahan kaki yang penuh keterujaan mengarungi laluan berliku, kadang lelah dipertengahan jalan, bangkit kembali bernafas demi ke akhir garisan. Itulah kehidupan di universiti…jika tidak berfokus maka hanyutlah tanpa pedoman). Itu fungsinya team building – sesekali menegur diri yang berada dlm zon selesa. Sesampai di garisan penamat, aktiviti Survival Bukit Kor menyusul – masak maggi secara berkumpulan. Alhamdulillah,program selesai dengan jayanya dan harapan kami Team Builiding: DLTSLD dem pacu kejayaan menjadi titik mula untuk lebih berjaya.