Assalammualaikum and Salam Sejahtera
Pada 28 April 2025, FPSM sekali lagi menerima pelawat. Kali ini kami dikunjungi oleh pelajar dan tenaga pengajar dari jauh di selatan tanah air iaitu dari SMK Taman Universiti 2, Skudai Johor. Kumpulan ini telah diketuai oleh Cikgu Sayful Nurasyraf bin Muhammad dan diiringi oleh beberapa orang guru lain.
Bagi peserta lawatan ini, semua aktiviti telah diselaraskan oleh Dr Iffah Hazirah selaku Penyelaras Kenaikan Pangkat. Antara aktiviti yang telah diaturkan ialah:
1. Taklimat program pengajian yang ditawarkan di FPSM telah disampaikan oleh Dr Suhaizan binti Lob, Ketua Program Sarjana Muda Agroteknologi (Sains Tanaman).
2. Berkongsi pengalaman pelajar tahun 2 SMSA (Sains Tanaman) iaitu saudari Jivenitha A/P Ganesan dan saudara Muhammad Najmi Bin Hasan.
3. Lawatan ke makmal, termasuk:
Makmal Teknologi Perikanan dan Penangkapan, pelajar telah diberi taklimat ringkas oleh En Muhaimin
Makmal Pemprosesan dan Pengeluaran Produk Makanan, pelajar melihat aktiviti amali yang dijalankan oleh pelajar tahun 3 SMSM (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan)
Makmal Kimia Makanan, pelajar melihat aktiviti amali yang dijalankan oleh pelajar SMSM (Teknologi Makanan) – Penentuan serat dalam makanan
Makmal Asas Penyediaan Makanan, pelajar diberi taklimat ringkas oleh Cikgu Nor Azni
Makmal Sains Tanaman. Di makmal ini, pelajar dibekalkan dengan beberapa aktiviti menarik iaitu:
i. Teknik penanaman Kokederma
ii. Teknik penanaman terarium
iii. Penentuan brix dalam buah menggunakan refractometer
iv. Mengenal pasti kerangupan buah menggunakan penetrometer
v. Koleksi herbarium
vi. Pengumpulan serangga (entremologi)
vii. Demonstrasi teknik kultur tisu
FPSM merakamkan ucapan terima kasih atas lawatan ini. Semoga pendedahan yang diperolehi dapat menggalakkan pelajar melanjutkan pelajaran ke FPSM.
#upuonline2025
#fpsmdihatiku
https://www.facebook.com/share/p/1C3GEYBdXo/

