Pertandingan Mencipta Produk dan Keusahawanan Peringkat Kebangsaan | 14 Mei 2025
Assalammualaikum dan Salam sejahtera
Untuk makluman fakulti, pelajar daripada SM Sains Akuakultur telah terpilih mewakili UMT ke pertandingan penciptaan produk dan keusahawanan peringkat kebangsaan anjuran UMK-KPT dan UMT-KPT. Kumpulan Aquavore (tahun 1 dan 2 SM Sains Akuakultur) mencipta produk makanan ikan berasaskan bahan tempatan. Kumpulan ini mendapat dana sebanyak RM5500 daripada program The Next Big Thing UMK manakala kumpulan Sea-Bar (tahun 2 SM Sains Akuakultur) mencipta energy bar berasaskan rumpai laut dan mendapat dana pemulaan sebanyak RM1000 daripada program FEAST, UMT. Kedua-dua kumpulan akan berentap di peringkat akhir pada bulan November nanti dengan peserta dari universiti awam lain.

