Kursus Asas Ternakan Udang Laut yang diadakan di Hatcheri FPSM | 19 Jun 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi (PBBI) dan Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) telah bekerjasama dalam penganjuran Kursus Asas Ternakan Udang Laut yang diadakan di Hatcheri FPSM pada 19 Jun 2025.

Penceramah yang terlibat ialah Profesor Madya ChM. Ts. Dr Nor Azman bin Kasan, Timbalan Pengarah AKUATROP dan En. Ranzi bin Abdullah Dawawi, Pakar Pengeluaran Kanan, iSHARP Sdn.Berhad. Selain daripada En. Ranzi, terdapat dua lagi kakitangan iSHARP Sdn Bhd yang turut hadir. Ketiga-tiga mereka merupakan alumni UMT yang telah lama bekerja di syarikat tersebut.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada kakitangan Skim Perikanan G UMT dan kakitangan yang bertugas di pusat penetasan FPSM dan AKUATROP berkenaan aplikasi kaedah penternakan bioflok dalam akuakultur dan juga asas penternakan udang marin di kolam.

Selain itu, melalui kursus ini juga diharapkan staf sentiasa bersedia dan lebih yakin untuk membantu pelajar dan pensyarah semasa kelas amali, Projek Tahun Akhir (PITA) dan penyelidikan pensyarah.

Terima kasih kepada AKUATROP dan iSHARP Sdn. Bhd atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan Kursus Asas Ternakan Udang Laut. Semoga kursus ini dapat menjadi platform untuk membolehkan lebih banyak aktiviti bersama antara FPSM dan industri pada masa hadapan.