Assalammualaikum dan Salam Sejahtera |
“Merakyatkan hasil penyelidikan”
Bengkel Tanam Fertigasi Gantung telah dianjurkan di Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu sebagai sebahagian daripada inisiatif Sejati Madani@KPT (Pembangunan Ekonomi Masyarakat) pada 24 Mei 2025.
Bengkel ini dikendalikan oleh Ketua Projek, Dr. Nor Idzwana binti Mohd Idris bersama-sama kumpulan bimbingan pasukannya.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Ts. Dr. Noor Maizura binti Mohamad Noor, Pro Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Digital), dan dihadiri oleh seramai 30 orang peserta dari komuniti Kampung Seberang Marang, Marang dan Kampung Padang Air, Kuala Nerus.