Sarjana Muda Teknologi Pemprosesan Agro dengan Kepujian

1. Program ini ditawarkan oleh Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (Fakulti Baharu), Universiti Malaysia Terengganu, bermula sesi 2025/2026. Ia merupakan salah satu program pilihan pelajar yang lazim.

2. Program ini memberi tumpuan kepada kajian teknologi dalam pemprosesan produk tanaman, ternakan, dan akuakultur, teknologi pemeliharaan, pembungkusan, keselamatan makanan, serta automasi rantaian bekalan dan logistik. Ia juga termasuk elemen piawaian dan peraturan produk pertanian, pemprosesan sisa pertanian, dan keperluan industri makanan halal.

3. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan graduan yang mahir dalam teknologi pemprosesan asas tani dan pengurusan produk pertanian yang cekap, selamat, serta boleh menyumbang secara berkesan kepada sektor agromakanan melalui teknologi yang mampan dan inovatif.

Buku Panduan

Video Promosi

Akan datang

Maklumat

  1. Syarat kemasukan
  2. Objektif Pendidikan Program
  3. Hasil Pendidikan Program
  4. Sinopsis
  5. Skema Kurikulum

*Semua maklumat berikut boleh didapati dalam buku panduan

BROSUR