19 Januari 2025| Lawatan akademik dari SMK Kubang Bemban

Assalammualaikum and Salam Sejahtera

FPSM telah menerima kunjungan lawatan akademik dari SMK Kubang Bemban, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Pasir Mas Kelantan. Kunjungan seramai 6 orang guru dan 32 orang pelajar tingkatan 6 dari aliran sains dan aliran kemanusiaan ketuai oleh Puan Noriza bt Hasan, Kaunselor SMK Kubang Bemban, Kelantan. Pegawai promosi fakulti kali ini diketuai oleh Dr. Muhammad Abduh bin Yazed, Pensyarah FPSM. Antara aktiviti lawatan adalah :

1. Taklimat tentang program2 pengajian di UMT khususnya program di FPSM di Bilik Mesyuarat Azmi Ambak.

2. Lawatan ke makmal (Makmal Sains Perikanan-penerangan oleh En Kamarul Azwan Kadir dan En. Shahrol Ali, Makmal Sains Tanaman-penerangan oleh En Kamarul Izhar Kamaruddin, Makmal Pemprosesan dan Penghasilan Produk Makanan-penerangan oleh En Mohd Zaidi Yahaya, Makmal Penilaian Sensori-penerangan oleh Pn Faridah Mohd Isa)

3. Lawatan ke Kompleks Makmal Perikanan dan Akuakultur-penerangan oleh Dr. Muhammad Abduh dan En. Amir Zaki.

 

Share the Post:

Related Posts