20 June 2024 | Menyuburkan Esok: Mengkaji Cabaran dan Peluang dalam Industri Makanan

Assalammualaikum |

Seminar Program 2024 berjalan lancar seperti yang dirancang.
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar tahun 3 Program Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) yang mengambil kursus STM4241/STM4202 dan telah komited, bekerjasama dan bekerja keras dalam penganjuran Program ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Walaupun persiapan dibuat dalam masa yang singkat, tetapi anda telah membuktikan apa yang anda boleh lakukan. Tahniah sekali lagi.

tahniah sekali lagi. Program menjadi lebih meriah apabila tiga Alumni Program Sains Makanan berjaya, alumni yang membanggakan. Terima kasih Fitri Zahari, Musyamel dan Anis Nadhirah kerana berkongsi pengalaman yang sangat menarik. Gabungan 3 generasi.
Melihat mereka di atas pentas, terus mengimbau kenangan mengajar mereka suatu ketika dahulu.

Kami amat bersyukur dan berbangga dengan kejayaan para alumni sehingga mereka berada di tahap sekarang. Jangan takut untuk kembali ke UMT. Tak cukup masa nak bercerita panjang kan? InshaAllah ada rezeki, kita jumpa lagi bila ada masa.. Dan semoga lebih ramai lagi Alumni Sains Makanan, UMT yang sudi menyumbang kepada UMT. Tunggu jemputan kami.

Tidak lupa juga terima kasih kepada Pusat Alumni UMT dan Pengurusan Fakulti Perikanan dan Sains Makanan – FPSM UMT yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama. Terima kasih TDA PM. Dr Rumeaida Mat Piah mewakili Dekan sudi merasmikan Seminar Program 2024 serta Ketua Program PM Ts.Dr. Zamzahaila Mohd Zin yang dihormati, terima kasih kerana sentiasa menyokong dan setia sehingga tamat program.

Dan pastinya untuk rakan seperjuangan saya, Dr Nabilah Abd. come on Alhamdulillah.. Melihat wajah gembira semua yang terlibat sudah cukup menggembirakan hati kita kan? Terima kasih juga kepada Unit Keselamatan dan PPH kerana memudahkan papan tanda dan kemudahan. Alhamdulillah.. terima kasih.❤️ #perkhidmatanmakanandanpemakanan

 

#foodserviceandnutritionunt

Share the Post:

Related Posts