26 November 2024| Bengkel Pengeluaran Ikan Asap dan Air Asam (Komuniti Pawe dan Kg Kua)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

FPSM UMT telah menunjukkan komitmen untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat melalui pelaksanaan aktiviti ekonomi yang bertujuan memperkasakan penduduk luar bandar. Inisiatif yang memberi kesan kepada komuniti dibiayai di bawah Geran Kelestarian Alam Sekitar dan Sosial (ESSG), di bawah Pusat Pengurusan Lestari UMT. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, FPSM telah menganjurkan bengkel unik penghasilan ikan salai dan air asam untuk masyarakat Hulu Terengganu, bersama-sama Persatuan Warga Emas Kuala Nerus (PAWE) dan pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Perikanan) dengan matlamat meningkatkan kemahiran mereka dan memberi peluang untuk menjana pendapatan tambahan.

Share the Post:

Related Posts