28 Mei 2024| Santuni Komuniti Program Kitar semula 3 R (mengurangkan, mengguna kembali dan mengitar semula)

Assalammualaikum

Pada 28 Mei 2024, seramai 14 orang pelajar Sarjana Muda Sains Perikanan Gunaan bersama 4 orang pensyarah pengiring telah berjaya menamatkan kursus CCM3011 Komuniti Santuni di PASTI Bestari Zainal Abidin Gong Badak. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Aktiviti dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan kitar semula dan diikuti dengan sesi permainan yang terdiri daripada mengklasifikasikan bahan kitar semula dan kraftangan. Kemudian, teruskan dengan sesi pertandingan kuiz.

Akhir sekali, sesi terakhir ialah penyampaian hadiah kepada pelajar dan penghargaan kepada guru-guru PASTI. Daripada program ini, pelbagai pengalaman menarik dapat dirasai oleh pelajar, pensyarah dan masyarakat yang terlibat sepanjang program berlangsung. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah antara UMT dan masyarakat. Justeru, semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


#healthycommunity
#FPSMakna

 

 

Share the Post:

Related Posts