03 Jun 2024| Santuni Community at Kampung Magkuk Setiu, Terengganu

Assalammualaikum|

Pada 3 Jun 2024, seramai 28 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Perikanan Gunaan bersama 7 orang pensyarah pengiring telah berjaya menamatkan kursus CCM3011 Santuni Komuniti bertempat di Kampung Mangkuk, Setiu.

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Aktiviti dimulakan dengan pembersihan tapak semaian dan aktiviti menyemai 50 anak pokok gelam dan 42 pokok kelapa di Rumah Tok. Kemudian, sesi diteruskan dengan menanam 28 anak pokok bakau di kawasan Makmal Bakau. Aktiviti terakhir, pelajar dibawa mencari lokasi di kawasan sekitar kawasan paya bakau.

Pelbagai pengalaman menarik dirasai oleh pelajar, pensyarah dan masyarakat yang terlibat sepanjang program berlangsung. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah antara UMT dan masyarakat. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

#healthycommunity #FPSMakna

 

Share the Post:

Related Posts