Lawatan Pegawai Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke MARDI.
Seramai 22 orang Pegawai Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT telah mengadakan lawatan ke MARDI Serdang. Lawatan bertujuan untuk mendapatkan informasi penyelidikan dan perkongsian terkini yang memberikan tumpuan terhadap bidang sains serta bioteknologi disamping menimba pengalaman daripada pihak MARDI.
Taklimat ringkas mengenai MARDI serta Pusat Penemuan dan Pengesahan Penanda Molekul (CMDV) telah diberikan oleh Dr. Khairun Hisam Nasir. Para pelawat juga dibawa ke Makmal Tisu Kultur. Penerangan disampaikan oleh Dr. Zuraida Ab Rahman seterusnya semua pelawat dibawa ke Makmal Transgenik yang dikendalikan oleh Dr. Rogayah Sekeli.