25 July 2024| Pelantikan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu Baharu

Pelantikan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu Baharu
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang ke-6 berkuat kuasa pada 1 Ogos 2024. Pelantikan ini adalah pengiktirafan kepada sumbangan besar beliau dalam bidang akademik dan pengurusan institusi pengajian tinggi.
Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim memiliki pengalaman luas dalam pendidikan tinggi dan telah memegang pelbagai jawatan penting di peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan pelantikan ini, beliau diharapkan dapat membawa UMT ke tahap yang lebih cemerlang dalam bidang penyelidikan, pendidikan, dan penglibatan komuniti.
Kami, warga Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM), mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan berharap dapat bekerjasama dengan Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim untuk mencapai visi dan misi universiti. Kami percaya di bawah kepimpinan beliau, UMT akan terus berkembang maju dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
Ikhlas daripada:
Warga Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, FPSM.

 

Share the Post:

Related Posts