Assalammualaikum and Salam Sejahtera|
5 Ogos 2024 I Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) telah menerima kunjungan penyelidik dari Institut Sistematik dan Ekologi Haiwan di bawah Akademi Sains Rusia, Dr. Mikhail Solovyev dan Dr. Mikhail Gopko yang merupakan pakar dalam bidang komuniti mikrob usus ikan, fisiologi pencernaan ikan, serangan parasit ikan dan filogenetik.
Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi bidang kepakaran mereka dan potensi kerjasama serta peluang MoU/LoI dengan FPSM. Lawatan ini diiringi oleh Dr Ahasan Habib.