31 Mac 2025| UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1446H DARIPADA FAKULTI PERIKANAN DAN SAINS MAKANAN

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,

Warga UMT yang dikasihi sekalian,

Kami dari Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, UMT ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H kepada seluruh warga UMT, muslimin dan muslimat yang menyambut Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi. Didoakan agar kedatangan Aidilfitri ini disambut dengan penuh rasa kesyukuran kepada Ilahi. Semoga lebaran kali ini dapat diraikan dengan ceria dan meriah di samping keluarga tercinta. Berhati-hati memandu pulang ke kampung halaman.

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Taqabbal Ya Karim

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap sila lah maafkan.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan
Maaf zahir dan batin

Dalam tugas mungkin tersilap,
Dalam bicara mungkin terkasar,
Di kesempatan Syawal yang indah,
Kami mohon ampun seikhlas sabar.

Video Ucapan Hari Raya FPSM 2025

Share the Post:

Related Posts

AGRO FUN RUN 3.0 2025

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Kelab Hevotech dengan kerjasama Program Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman), Fakulti Perikanan dan Sains Makanan,

Read More