Lawatan KV Besut | 8 April 2025

Assalammualaikum and Salam Sejahtera

Lawatan KV Besut

Pada 8 April 2025, FPSM sekali lagi dikunjungi oleh pelajar dan tenaga pengajar Program Seni Kulinari. Kali ini dari Kolej Vokasional Besut. Antara aktiviti yang kami sediakan ialah:
-Taklimat berkaitan program Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) dengan Kepujian yang disampaikan oleh Prof Madya Ts. Dr Zamzahaila binti Mohd Zin, Ketua Program
-Sesi Perkongsian oleh alumni KV Langkawi, Saudari Nurul Husna binti Jamsari yang kini merupakan pelajar tahun 3 Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) dK
-Melawat makmal yang berkaitan dengan bidang Sains Makanan seperti Makmal Pemakanan Manusia, Makmal Penyediaan Makanan Asas, Makmal Komersil Makanan, Makmal Pemprosesan dan Pengeluaran Produk Makanan dan Makmal Penilaian Deria.
Kali ini pelajar dapat melihat sendiri aktiviti amali pelajar FPSM yang sedang dijalankan kerana pelajar baru sahaja memulakan kelas amali setelah kembali ke universiti setelah lama bercuti.
FPSM merakamkan ucapan terima kasih atas kunjungan KV Besut. Semoga pendedahan yang diperolehi dapat memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian di FPSM.

https://www.facebook.com/share/p/19KbWRUbN9/

https://www.facebook.com/share/p/19KbWRUbN9/

 

 

Share the Post:

Related Posts