5 August 2024 | Lawatan SK Tok Jiring

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Lawatan SK Tok Jiring ke Fakulti Perikanan dan Sains Makanan – FPSM UMT UMT – Universiti Malaysia Terengganu Pada 5 dan 6 Ogos 2024, Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM), UMT telah menerima kunjungan pelajar dan guru pengiring SK Tok Jiring. . dalam program lawatan sambil belajar. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang dunia sains dan peluang kerjaya dalam bidang ini.
Pelajar juga menghadiri ceramah motivasi dan kerjaya oleh Ts. Dr Lokman Nor Hakim bin Norazmi, yang memberi inspirasi kepada mereka untuk terus berusaha mencapai impian, serta mendalami kerjaya dalam bidang sains perikanan. Di samping itu, pelajar melawat makmal di FPSM, di mana mereka diperkenalkan dengan peralatan sains dan teknologi terkini. Mereka juga melawat Kompleks Penetasan FPSM untuk melihat sendiri kemudahan dan memahami kepentingan akuakultur dalam memastikan kelestarian sumber ikan.
Program ini menyediakan pelajar pengalaman pembelajaran yang berharga dan membuka minda mereka kepada kerjaya yang berpotensi dalam sains. FPSM merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap dapat terus bekerjasama di masa hadapan.
Share the Post:

Related Posts